Mencari ubat gout yang sesuai adalah perkara yang penting bagi mereka yang sering mengalami masalah gout.
Ini kerana kebanyakan pesakit tidak mengetahui masalah ini daripada awal sehingga boleh menyebabkan sakit menjadi teruk apabila tidak dirawat sejak awal.
Dalam artikel ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai ubat gout yang sesuai diambil. Namun sebelum itu, adalah lebih baik kita mengetahui serba sedikit mengenai gout.
Apa Itu Sakit Gout?
Berdasarkan kajian, penyakit ini biasanya akan dialami oleh kaum lelaki yang berada dalam lingkungan umur tiga puluhan dan ke atas.
Ia juga boleh terjadi kepada kaum perempuan terutamanya kepada mereka yang baru lepas putus haid atau menopaus.
Di antara simptom gout adalah keradangan atau bengkak pada sendi sendi kaki dan jari.
Bawah ini juga merupakan tanda-tanda gout yang anda perlu tahu:
- Keradangan dan Kemerahan
Sendi pada bahagian yang sakit akan menjadi lembut, merah dan bengkak.
- Gerakan Terhad
Apabila anda diserang gout, anda akan berasa susah untuk bergerak seperti biasa.
- Ketidakselesaan
Serangan gout boleh mengambil masa yang lama dan boleh menjejaskan banyak sendi yang akan membuatkan anda tidak berasa selesa pada bahagian tersebut.
- Sakit sendi yang teruk
Gout biasanya menyerang pada kawasan di bawah sendi kaki.
Pesakit akan berasa sakit yang sangat teruk pada bahagian-bahagian sendi pada 4 hingga 12 jam pertama selepas ianya bermula.
Punca Gout
Punca utama gout adalah kerana asid urik yang berlebihan di dalam badan. Ia akan terkumpul membentuk kristal yang akhirnya akan tersebar ke seluruh badan terutamanya pada sendi-sendi.
Kebiasaannya, asid urik dibuang melalui air kencing. Namun sekiranya kepekatannya tinggi, ia akan terkumpul di dalam pundi air kencing dan boleh menyebabkan kesakitan ketika membuang air.
Punca utama kandungan asid urik yang tinggi adalah:
- Makanan yang tinggi kandungan purine seperti daging merah, sebahagian makanan laut seperti kerang, ikan bilis, sardin serta minuman beralkohol.
Ubat Sakit Gout
Untuk mereka yang mengalami gout, anda tidak perlu risau kerana terdapat beberapa ubat gout yang anda boleh ambil untuk mengurangkan kesakitan.
Antara ubat gout adalah:
- NSAIDS, Corticosteroids, COX-2 inhibitors.
Mengurangkan rasa sakit dan keradangan ketika serangan gout akut. NSAIDS boleh mengawal keradangan dan kesakitan pada sendi yang terlibat.
Anda boleh tanya doktor anda untuk mereka menetapkan dos untuk membantu anda menghadap kesakitan gout.
- Allopurinol:
Memperlahankan kadar penghasilan asid urik dan menghalang serangan gout.
- Cholchicine:
Digunakan sekali-sekala dalam peringkat akut. Ia biasanya diambil oleh mereka yang tidak boleh mengambil NSAID. Doktor akan menetapkan dos yang sesuai bagi anda.
- Kortikosteroid:
Ubat korikosteroid seperti prednisone boleh membantu mengawal keradangan dan sakit gout. Ia juga untuk mereka yang tidak boleh mengambil NSAID.
Kesimpulannya, terdapat beberapa ubat gout yang anda perlu mengambil tahu sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami penyakit gout.
Selain daripada mengamalkan pemakanan yang sihat, anda juga boleh mengambil suplemen tambahan bagi memastikan tubuh badan anda kekal sihat dan mengurangkan risiko gout.
P.S Sekiranya, anda masih lagi tercari-cari suplemen yang sesuai untuk membantu mengurangkan sakit sendi, anda boleh mencuba Cmary Gluta Colla.
Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:
- Membaiki Masalah Kulit
Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.
- Melegakan Sakit Sendi
Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.
- Masalah Kurang Tenaga
Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih.
Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.
- Mengurangkan Ketidakselesaan
Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.
Bukan itu sahaja, produk keluaran Syarikat Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.
Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.
Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus.