\
sakit belakang

5 Punca Sakit Belakang dan Rawatan Yang Perlu Anda Lakukan

Bila kita dengar ada orang mengadu sebab sakit belakang, kita pasti rasa perkara itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Ia bukanlah satu penyakit yang spesifik untuk mana-mana peringkat umur mahupun jantina.

Hampir semua orang pernah mengalaminya tapi tak bermakna anda tidak perlu merawat ia. 

Artikel ini akan berkongsi tentang punca dan bagaimana caranya anda boleh merawat sakit belakang anda.

Apa Itu Sakit Belakang

Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan tidak selesa di bahagian belakang badan.

Biasanya ia terjadi di bahagian bawah belakang badan.

Penyakit ini boleh berpunca daripada pelbagai sebab dan ada juga kes yang tidak dapat dipastikan puncanya. 

Kadangkala ia berpunca daripada otot, tulang dan lain-lain seperti kedudukan badan, kanser rongga pelvis, psikologi, dan banyak lagi.

5 Punca Sakit Belakang

Berikut merupakan 5 punca sakit belakang yang biasa dihidapi orang ramai hingga mengganggu aktiviti harian mereka.

  1. Kerap membongkok

sakit belakang

Jika anda seseorang yang selalu membongkok sama ada semasa membaca buku atau semasa bekerja, anda perlu berhati-hati.

Membongkok dalam tempoh masa yang lama boleh membahayakan kesihatan belakang badan anda.

Posisi membongkok ini akan memberi tekanan terhadap bahagian belakang badan dan bahu.

Otot di bahagian belakang badan dan bahu akan mengeras dan menyebabkan anda berasa kurang selesa dan sakit belakang.

  1. Mengangkat barang yang berat

sakit belakang

Kadang kala, kita perlu mengangkat barang-barangan yang berat.

Tetapi yang menjadi masalahnya adalah apabila anda mengangkat barang berat dengan kedudukan badan yang salah.

Anda kena pastikan tulang belakang anda tegak dan tidak bengkok semasa mengangkat barangan berat untuk mengelakkan tekanan pada bahagian belakang badan.

  1. Kasut tumit tinggi

Ini khas untuk wanita yang berkasut tumit tinggi. 

Adakah anda tahu bahawa ianya boleh mempengaruhi tulang belakang anda?

Apabila dipakai untuk tempoh yang lama, ia akan memberi kesan kepada belakang badan.

  1. Gaya hidup

Jika anda mengamalkan gaya hidup yang kurang aktif, badan anda akan cenderung mengalami masalah sendi kaku.

Otot anda akan menjadi lemah dan ia akan memburukkan lagi kesihatan belakang anda. 

  1. Tekanan kerja

Tekanan kerja merupakan sesuatu masalah psikologi tetapi adakah ia mampu menyebabkan sakit belakang?

Ya, stres mampu mengganggu kesihatan fizikal anda selain daripada mempengaruhi kesihatan mental anda.

Stres boleh menerukkan lagi kesihatan belakang badan jika tidak diurus dengan betul.

5 Rawatan Sakit Belakang

Sakit belakang boleh dirawat dengan pelbagai cara.

Jika anda tidak pasti, anda boleh cuba amalkan beberapa tips ini.

  1. Posisi Tidur Yang Betul

sakit belakang

Kadangkala ia berpunca daripada posisi tidur yang tidak betul dan tidur yang tidak mencukupi.

Cuba anda tidur mengiring dan letakkan bantal di antara lutut anda. 

Pastikan tulang belakang anda berada dalam posisi yang natural dan elak tegangkan belakang badan anda. 

Jika anda ingin baring melentang pula, letakkan bantal di bawah lutut. 

  1. Jaga postur badan

Ini adalah kaedah terbaik untuk menjaga kesihatan tulang belakang anda.

Elakkan membongkok atau duduk terlalu lama. 

Duduk tegak dan jangan tegangkan bahu anda.

Letakkan bantal di antara bahagian bawah belakang badan dan kerusi untuk memberikan sokongan pada badan anda.

Pastikan kaki anda tegak di atas lantai.

  1. Lakukan senaman ringan

Kebiasaannya, doktor akan menasihatkan pesakit untuk rehat dan baring atas katil jika sakit belakang.

Tetapi baring sahaja akan mengundang lebih banyak kesakitan jadi jangan hanya baring atas katil seharian.

Bersenam merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk merawat penyakit ini.

Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan, melakukan yoga atau berenang.

  1. Berurut

Berurut juga mampu melegakan penyakit ini.

Kajian menunjukkan berurut sekali seminggu dalam jangka masa 10 minggu mampu mengurangkan sakit belakang yang kronik.

Kesan urut akan bertahan selama 6 bulan tetapi akan mula merasakan penyakit ini semula selepas setahun.

Jadi anda perlu kerap pergi berurut untuk belakang badan anda.

  1. Rawatan fisioterapi

Rawatan fisioterapi mampu mengurangkan kesakitan belakang badan anda.

Selain daripada rawatan tersebut, pakar terapi akan memberikan nasihat dan panduan menjaga kesihatan belakang badan.

Bermula daripada postur badan hingga ke gaya hidup anda. 

Kesimpulan

Selain daripada rawatan yang dinyatakan di atas, anda juga boleh merawat sakit belakang dengan mengambil suplemen tambahan seperti Cmary Gluta Colla. 

sakit belakang

Cmary Gluta Colla ini merupakan suplemen keluaran syarikat Cmary yang mampu membantu anda dalam pelbagai aspek.

Ia boleh melegakan sakit sendi seperti di bahagian belakang badan, pinggang, leher, lutut dan banyak lagi.

Selain itu, jika anda seorang yang kurang bertenaga, cepat letih dan mengantuk, Cmary mampu bantu anda merasakan lebih segar dan bertenaga.

Ketidakselesaan seperti sakit belakang badan, sakit senggugut dan pembuangan tidak lancar juga mampu dikurangkan dengan pengambilan Cmary.

Anda tidak perlu risau kerana Syarikat Cmary berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysian (KKM) dan telah mendapat kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau kerana produk ini selamat dimakan dan diyakini ramai. 

1 thought on “5 Punca Sakit Belakang dan Rawatan Yang Perlu Anda Lakukan”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *