\
sakit buah pinggang

8 Tips Penting Elak Sakit Buah Pinggang

Menurut pakar, kebanyakan pesakit yang mengalami sakit buah pinggang di Malaysia hanya mengetahui status kesihatan mereka selepas fungsi organ itu berbaki bawah 15 peratus.

Ini kerana, penyakit tersebut tidak menunjukkan banyak simptom yang jelas dan ia boleh berlarutan sehingga bertahun lamanya.

Pesakit hanya mengetahui tentang kerosakan buah pinggang mereka hanya selepas pemeriksaan penuh kesihatan dilakukan. 

Oleh itu, bagi mengelakkan keadaan yang sama berlaku kepada anda, teruskan membaca artikel ini!

Kami akan membantu anda mengenali punca-punca sakit buah pinggang berlaku serta tips untuk mengelakkannya. 

Apa itu Sakit Buah Pinggang?

sakit buah pinggang

Buah pinggang merupakan organ penting bagi memastikan keseluruhan badan kita berfungsi dengan baik. 

Setiap buah pinggang berukuran kecil dan mempunyai bentuk seperti kacang merah. 

Penyakit buah pinggang boleh mempengaruhi kemampuan tubuh anda untuk membersihkan darah, menyaring lebih banyak air dari darah, dan membantu mengawal tekanan darah anda. 

Bukan itu sahaja, ia juga dapat mempengaruhi pengeluaran sel darah merah dan metabolisme vitamin D yang diperlukan untuk kesihatan tulang.

Apabila buah pinggang anda rosak, sisa produk dan cecair akan terkumpul di dalam badan anda dan menyebabkan pembengkakan pada pergelangan kaki.

Pesakit juga akan rasa mual, lemahan, kurang tidur, dan sesak nafas. 

Penyakit ini amat serius kerana tanpa rawatan yang rapi, kerosakan boleh bertambah teruk dan buah pinggang anda akhirnya berhenti berfungsi seterusnya menyebabkan kematian.

Anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang sekiranya anda menghidap diabetes atau tekanan darah tinggi. 

Rawatan yang akan dilakukan bagi pesakit buah pinggang merangkumi pemindahan buah pinggang atau dialisis.  

Antara masalah buah pinggang yang lain juga termasuk:

  • kecederaan buah pinggang akut (kidney injury)
  • sista ginjal (kidney cysts)
  • batu ginjal (kidney stones)
  • jangkitan buah pinggang (kidney infections)

Punca Sakit Buah Pinggang

Sekiranya buah pinggang anda tiba-tiba berhenti berfungsi, doktor akan menyebutnya sebagai kecederaan buah pinggang akut atau kegagalan buah pinggang akut. 

Keadaan tersebut disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak mencukupi ke buah pinggang, kerosakan langsung pada buah pinggang dan pengumpulan air kencing di buah pinggang.

Perkara-perkara itu boleh berlaku apabila anda:

  • Mengalami kecederaan traumatik yang melibatkan kehilangan darah yang banyak. 

  • Mengalami dehidrasi atau kerosakan tisu otot yang menyebabkan banyak penghantaran protein ke dalam aliran darah 

  • Mengalami trauma atau kejutan akibat jangkitan teruk atau sepsis

  • Pembesaran prostat yang menyekat aliran air kencing 

  • Pengambilan ubat tertentu atau dadah yang merosakkan buah pinggang secara langsung 

  • Mengalami komplikasi semasa kehamilan, seperti eklampsia dan preeklampsia

Tambahan pula penyakit autoimun juga boleh menjadi salah satu punca bagi masalah buah pinggang. Ia berlaku apabila sistem imun menyerang badan anda.

Individu yang mengalami kegagalan jantung atau hati yang teruk juga sering mengalami kecederaan buah pinggang akut.

8 Tips Untuk Anda Elak Sakit Buah Pinggang

Berikut merupakan tips terbaik untuk anda lakukan bagi mengelakkan masalah buah pinggang:

sakit buah pinggang

  1. Awasi pengambilan ubatan

Pengambilan ubat antiradang nonsteroid seperti NSAID, ibuprofen dan naproxen dalam jumlah yang terlalu banyak atau secara kerap boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Selain itu, penggunaan proton pump inhibitors bagi merawat ulser atau GERD dalam jangka masa panjang juga meningkatkan risiko penyakit buah pinggang yang kronik. 

Tambahan pula, antibiotik yang membantu melawan bakteria juga merupakan salah satu punca kerosakan buah pinggang jika diambil dengan terlalu kerap.

Antara jenis antibiotik yang cenderung menjadi punca masalah adalah penisilin, sulfonamida dan cephalosporin.

Oleh itu, sebelum mengambil apa-apa ubatan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor.

  1. Kawal pengambilan suplemen herba

Suplemen yang terdiri daripada kandungan herba tidak bermakna ianya lebih sihat untuk diambil.

Tahukah anda sesetengah suplemen herba adalah tidak selamat dan banyak produk herba yang berisiko menjejaskan fungsi buah pinggang anda?

Anda perlu lebih berhati-hati dengan pengambilan suplemen herba sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan buah pinggang. 

Ini kerana, ia bukan sahaja boleh menyebabkan keadaan kesihatan anda, ia juga boleh menjejaskan keberkesanan ubat-ubatan lain yang anda ambil.

  1. Menjaga pemakanan

Pemakanan yang tidak sihat untuk jangka masa yang lama seperti makanan ringan akan menyebabkan tekanan darah tinggi, obesiti dan diabetes.

Ia juga secara tidak langsung meningkatkan risiko anda untuk untuk mengalami masalah kesihatan lain yang ‘membebankan’ fungsi buah pinggang anda.

Oleh itu, untuk kesihatan buah pinggang anda, kurangkan pengambilan makanan yang diproses dan perbanyakkan makan sayuran, buah-buahan dan bijirin penuh.

  1. Kurangkan pengambilan garam

Pengambilan garam secara berlebihan berpotensi meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, penyakit buah pinggang dan batu karang.

Ini kerana, jika tidak dikawal, kandungan garam yang berlebihan akan meningkatkan jumlah protein dalam air kencing seterusnya menyebabkan kerosakan buah pinggang. 

  1. Minum air kosong dengan banyak

Pengambilan air yang mencukupi dapat menyalurkan nutrien penting ke buah pinggang dengan lancar dan menyingkirkan sisa kepada pundi kencing dalam bentuk air kencing.

Sekiranya anda kurang minum air, penapis di dalam buah pinggang anda boleh berhenti berfungsi dan memberi risiko jangkitan batu karang.

Anda akan berhadapan dengan masalah dehidrasi yang boleh merosakkan buah pinggang.

  1. Kerap bersenam

Seperti yang kita tahu, aktiviti fizikal seperti senaman amat digalakkan bagi memastikan badan sentiasa sihat.

Dengan melakukan senaman yang kerap, masalah kesihatan seperti kencing manis dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang boleh dicegah.

Namun anda perlu berhati-hati. Aktiviti senaman yang berlebihan juga berisiko merosakkan buah pinggang anda jika badan anda berada dalam keadaan tidak bersedia.

Oleh itu, elakkan memaksa diri dengan melakukan aktiviti fizikal intensiti tinggi dan dapatkan nasihat doktor sebelum melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berat.

  1. Lakukan pemeriksaan kesihatan 

Risiko untuk anda menghidapi masalah buah pinggang adalah tinggi jika anda atau ahli keluarga mempunyai penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes atau kegagalan buah pinggang.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan awal, anda boleh melakukan pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui tahap risiko penyakit tersebut kepada diri anda. 

  1. Elak tabiat tidak sihat

Elakkan tabiat kurang sihat seperti pengambilan minuman alkohol secara berlebihan dan barang terlarang. 

Tabiat ini bukan sahaja boleh menjejaskan fungsi buah pinggang untuk tempoh jangka masa panjang ia juga mungkin akan menyebabkan kerosakan organ tersebut.

Sebagai contoh, kandungan pada rokok cenderung untuk meningkatkan risiko kanser buah pinggang dan merosakkan saluran darah. 

Keadaan ini akan seterusnya mengakibatkan aliran darah menjadi perlahan dan menjejaskan fungsi buah pinggang.

Kesimpulannya, anda haruslah amalkan gaya hidup sihat dan meninggalkan tabiat kurang sihat ini demi kesejahteraan tubuh badan anda.

Anda sudah mengetahui punca berlakunya sakit buah pinggang, maka elakkan daripada melakukan perkara yang mendorong kepada masalah tersebut.

Jika anda sedang mencari rawatan alternatif untuk merawat masalah buah pinggang, CMary adalah pilihan yang terbaik.

sakit buah pinggang

Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

Membaiki Masalah Kulit

Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.

Melegakan Sakit Sendi

Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.

Masalah Kurang Tenaga

Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih. 

Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.

Mengurangkan Ketidakselesaan

Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.

Bukan itu sahaja, produk keluaran syarikan Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.

Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *