\
sakit kepala belakang

Sakit Kepala Belakang: Ketahui 6 Punca Dan Cara Mengatasi Masalah Ini

Tengah rasa sakit kepala belakang? Memang terseksa menahan rasa sakit ini.

Anda pasti tahu yang sakit kepala ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh memberi kesan yang buruk kepada anda sekaligus akan mengganggu aktiviti harian anda. 

Dalam artikel ini anda akan mengetahui apa itu sakit kepala belakang, punca sakit dan cara mengatasinya.

Masalah Sakit Kepala Belakang

sakit kepala belakang

Masalah sakit kepala ini boleh berlaku disebabkan banyak punca. Sakit ini adalah di bahagian tengkorak belakang kepala. Banyak punca yang boleh menyebabkan sakit kepala ini.

Sekiranya anda merasakan kesakitan yang melampau, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor pakar seterusnya mendapatkan rawatan atau ubatan susulan. 

Berikut merupakan 6 punca sakit kepala belakang yang anda perlu tahu:

6 Punca Sakit Kepala Belakang

  1. Pendarahan Subarachnoid

Pendarahan subarachnoid ini adalah pendarahan yang berlaku antara bahagian otak dan juga tengkorak kepala. Pendarahan ini kebiasaannya akan berlaku kepada mereka yang mengalami kecederaan.

Untuk mengetahui lebih lanjut, pesakit perlu menjalani CT-Scan. 

  1. Kekejangan Otot Leher

sakit kepala belakang

Kekejangan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian otot badan. Termasuk juga dengan kekejangan otot leher yang boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang kepala.

Kekejangan ini juag boleh berlaku akibat kedudukan leher berada di psosisi yang salah untuk masa yang lama.

  1. Barah Otak

Penyakit barah ini sememangnya penyakit yang sememangnya ingin dielakkan oleh setiap individu. 

Barah otak ini boleh menyebabkan rasa sakit yang menajam di bahagian belakang kepala. Barah ini boleh memberi kesan yang buruk kepada jaringan otak dan saraf.

Selain daripada sakit kepala, barah juga boleh menyebabkan penglihatan makin kabur.

  1.  Seks dan Sukan Yang Melampau

Aktiviti seks dan olahraga yang melampau boleh menyebabkan salur darah menyempit. Penyempitan salur darah ini boleh menyebabkan aliran darah terganggu. 

Ini menyebabkan oksigen tidak dapat disampai ke bahagian otak. 

  1. Migrain

Migrain sememangnya banyak berlaku dalam masyarakat. Ramai juga yang hendak mengelakkan daripada terkena migrain ini. 

Anda boleh mengenalpasti migrain ini apabila anda dapat rasa denyutan di bahagian kepala anda. 

  1. Trigeminal Neuralgia

Trigeminal Neuralgia adalah suatu keadaan di mana saraf trigeminal yang berada di kawasan muka atau mulut mula merasa sakit.

Trigeminal ini juga merupakan penyebab lain berlakunya sakit kepala belakang. Keadaan ini disebabkan oleh saluran darah menyempit.

Cara Mengatasinya

  1. Mengambil Ubatan Dari Farmasi

Ramai yang menghadapi sakit kepala akan mengambil ubatan untuk menghilangkan rasa sakit. Banyak ubatan yang boleh diambil.

Antara ubatan yang sering diambil ialah paracetamol. Pengambilan ubat ini hendaklah yang diluluskan oleh mereka yang lebih pakar.

  1. Menghadkan Pengambilan Kafein

Kafein ini sememangnya banyak terkandung dalam makanan mahupun minuman. Mereka yang menggemari kopi sememangnya akan terbiasa dengan kafein.

Kafein ini boleh berfungsi sebagai ubat dan juga sebagai punca sakit kepala. Bergantung kepada setiap individu bagaimana badan mereka dapat menerimanya.

  1. Urut Bahagian Leher dan Bahu

Tekanan otot pada leher dan bahu boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, anda boleh cuba kurangkan sakit kepala dengan melakukan urutan.

Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman ringan dengan meregangkan otot-otot agar kekejangan dapat dielakkan.

  1. Rujuk Pakar

Sekiranya kesakitan semakin teruk, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pandangan pakar. Hal ini kerana kita tidak mengetahui apa yang berlaku dalam kepala kita.

Segala saranan hendaklah dipatuhi dan larangan hendaklah dielakkan.

Kesimpulannya, sakit kepala ini tidak boleh dipandang remeh. Hal ini kerana sakit kepala ini boleh menyebabkan badan jika menjadi lemah seterusnya menyebabkan kematian.

Sekiranya anda hendak mengambil ubat-ubatan, hendaklah ubatan yang telah disarankan oleh mereka yang pakar dalam perubatan.

Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

sakit kepala belakang

Membaiki Masalah Kulit

Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.

Melegakan Sakit Sendi

Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.

Masalah Kurang Tenaga

Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih. 

Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.

Mengurangkan Ketidakselesaan

Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.

Bukan itu sahaja, produk keluaran syarikan Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.

Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *