\
tanda tanda sakit buah pinggang

Tanda-tanda sakit buah pinggang yang anda harus ketahui

Isi Kandungan

Terdapat banyak perkara yang kita perlu tahu untuk mengelak daripada masalah kesihatan yang lebih teruk. Salah satunya adalah mengetahui tanda-tanda sakit buah pinggang.

Ia merupakan satu perkara yang sangat penting kerana penyakit ini boleh membawa banyak masalah tanpa mengira waktu.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang buah pinggang dan tanda-tanda sakit buah pinggang yang yang perlu diketahui

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui maklumat penting mengenai sakit buah pinggang.

Pengenalan Tentang Buah Pinggang

tanda tanda sakit buah pinggang

Buah pinggang atau dikenali juga dengan nama ginjal adalah satu organ yang memainkan peranan yang besar di dalam badan kita.

Ia berfungsi untuk menapis cecair yang terdapat di dalam badan supaya kita dapat membuang cecair yang tidak diperlukan oleh badan.

Ini akan memastikan kandungan cecair dalam badan kita berada pada tahap optimum serta membolehkan kita untuk hidup dengan sihat.

Ini dikenali sebagai imbangan homeostatik dan sangat diperlukan oleh badan kita.

Selain daripada fungsi ini, ginjal juga mampu mengawal tekanan darah dan menghasilkan hormon untuk penjagaan kesihatan tulang dengan baik.

Tanda tanda sakit buah pinggang

Di bahagian ini, kami akan menerangkan kepada anda beberapa tanda-tanda mengenai sakit buah pinggang.


  1. Kekerapan Untuk Membuang Air

Seperti yang dinyatakan di bahagian awal artikel ini, buah pinggang yang sihat dapat mengawal kandungan cecair serta memastikan ia pada tahap yang optimum.

Jika terdapat masalah pada buah pinggang anda, ia akan menyebabkan rasa ingin membuang air dengan kerap. Ini kerana buah pinggang anda tidak dapat mengawal dan menapis cecair di dalam badan.

Ia akan menyebabkan anda untuk kerap kencing terutamanya pada waktu malam. 

Selain itu, anda juga boleh perhatikan warna air kencing kerana air kencing yang berwarna gelap atau berdarah merupakan tanda awal masalah pada ginjal anda. 

  1. Tekanan Darah Tinggi

tekanan darah tinggi

Hipertensi iaitu masalah tekanan darah tinggi juga merupakan salah satu tanda-tanda sakit buah pinggang. 

Ini kerana buah pinggang memainkan peranan yang tinggi dalam pengawalan darah. Ia akan menapis dan membuang sisa yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.

Jika ia tidak berfungsi dengan baik, maka sisa-sisa tersebut akan terus kekal di dalam badan kita sehingga boleh menyebabkan masalah pada saluran darah.

  1. Hilang Selera Makan

Selera makan juga akan terkesan jika anda mempunyai kesakitan pada buah pinggang anda. Ini kerana terdapat banyak toksin yang masih kekal di dalam badan anda.

Ia akan menyebabkan selera makan hilang kerana tubuh badan anda tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini berpunca daripada kehadiran toksin dan sisa tersebut

Iai boleh menyebabkan masalah lain seperti kekurangan tenaga kerana anda tidak makan dan kekurangan zat yang penting.

  1. Selalu Letih

Mereka yang mengalami sakit pada buah pinggang juga akan mengalami masalah keletihan dengan cepat. Ini disebabkan oleh pengumpulan toksin dan kekotoran di dalam darah anda.

Ia akan menyebabkan anda berasa sukar untuk fokus ketika melakukan sesuatu perkara.

Cara Atasi Sakit Buah Pinggang

Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan risiko masalah buah pinggang.

  1. Menjaga Diet

Menjaga pemakanan merupakan satu cara yang sangat senang untuk dilakukan oleh semua orang. 

Penjagaan diet dan cara pemakanan yang sihat akan mengurangkan risiko anda mengalami penyakit buah pinggang dan juga penyakit lain.

Ini kerana amalan pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan anda mengalami masalah seperti kencing manis, tekanan darah tinggi yang boleh menyumbang kepada masalah ginjal.

  1. Berhenti Merokok

tanda-tanda sakit buah pinggang

Bagi mereka yang merokok, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah buah pinggang berbanding mereka yang tidak merokok.

Ini kerana jika anda merokok dengan kerap, ia boleh menyebabkan kerosakan pada saluran darah dan memberi kesan pada buah pinggang anda.

Buah pinggang tidak dapat berfungsi dengan baik kerana ia tidak menerima aliran darah yang mencukupi dan akan menyebabkan masalah lain pada badan anda.

  1. Selalu Bersenam

Cara lain untuk mengatasi masalah buah pinggang adalah melakukan senaman. Ini untuk memastikan kesihatan badan anda sentiasa terjaga. 

Badan yang sihat dapat mengurangkan masalah seperti berat badan berlebihan dan juga darah tinggi

Ini dapat mengurangkan risiko untuk anda mengalami masalah buah pinggang.

 

Kesimpulannya, terdapat pelbagai tanda-tanda sakit buah pinggang yang anda perlu tahu supaya dapat mengatasi masalah kesihatan pada peringkat awal.

Jika anda mencari suplemen kesihatan sendi untuk membantu urusan harian anda, anda boleh mencuba suplemen dari Cmary!

Kami telah menghasilkan supplemen yang dibuat dengan formulasi terhebat khas untuk sakit sendi.

Berikut adalah beberapa kelebihan yang anda boleh menikmati jika mengamalkannya dalam kehidupan anda:

  • Mengandungi antioxidan yang tinggi untuk meningkatkan imunisasi tubuh badan
  • Melegakan sakit sendi terutama bahagian, bahu, lutut, pinggang
  • Memperbaiki masalah lulit seperti jeragat, jerawat dan ekzema
  • Mengurangkan ketidakselesaan seperti senggugut dan pembuangan tidak lawas

Apa lagi yang anda tunggu? Jika anda mempunyai apa-apa soalan atau pertanyaan tentang produk kami, anda boleh ke laman web kami di sini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *