\

5 Rawatan Sakit Pinggang Anda Perlu Tahu

Sakit pinggang menghantui anda siang dan malam? Susahnya nak tidur sebab rasa tak selesa sungguh pinggang ni!

Kebiasaannya, mereka yang menghidapi masalah ini sering melakukan kerja-kerja berat. Adakah anda tergolong dalam kategori ini?

Baca artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca sakit pinggang dan 5 rawatan yang anda perlu lakukan.

Punca Sakit Pinggang

sakit pinggang

Lazim yang umum ketahui, sakit pinggang ini dikaitkan dengan faktor usia. Hakikatnya, ramai juga golongan muda-mudi yang memiliki masalah ini.

Jadi, tak kira muda atau tua, anda perlu periksa sama ada anda mengalami masalah sakit pinggang. 

Antara punca sakit pinggang yang anda perlu tahu ialah:

  • Faktor Trauma

Trauma yang dimaksudkan di sini adalah kecederaan akibat daripada kemalangan. 

Kecederaan daripada kemalangan berikut berkemungkinan menyebabkan kesakitan pada bahagian otot atau organ.

  • Tulang Bermasalah

Salah satu punca anda mengalami sakit pinggang boleh juga disebabkan oleh masalah tulang. Terutamanya tulang pada bahagian belakang badan.

Kesakitan yang anda alami pada tulang belakang yang menyumbang kepada sakit pinggang mungkin kerana tiada sokongan tambahan. 

  • Otot Bermasalah 

Kesakitan pada kawasan pinggul dan juga keseluruhan sendi, otot atau saraf pada bahagian berikut dikenali sebagai lumbago.

Hal ini menggambarkan kesakitan yang seseorang alami apabila otot belakang anda berasa tergeliat dan sakit. Istilah Inggerisnya dikenali sebagai “muscle sprain”.

Otot belakang yang terasa tegang juga menyumbang kepada kesakitan belakang dan sakit pinggang.

5 Rawatan Anda Boleh Lakukan

Kini anda telah tahu punca-punca yang menyumbang kepada sakit pinggang. Namun, usah risau. 

Berikut antara 5 rawatan yang dapat anda boleh amalkan:

  1. Tuam pada bahagian yang sakit

Untuk menghilangkan rasa sakit pinggang, terdapat dua kaedah tuam yang efektif iaitu kaedah tuam panas dan kaedah tuam sejuk.

Untuk kedua-dua kaedah ini, anda dinasihatkan untuk tidak melebihi 20 minit dalam satu masa. Malah, rawatan ini bergantung pada tempoh kesakitan anda.

Untuk kaedah tuam panas, anda perlu berhati-hati untuk mengelakkan kulit daripada melecur. Penggunaan kain atau botol suam adalah digalakkan. 

Kaedah tuam sejuk juga berkesan untuk melegakan kesakitan pada bahagian pinggang. Caranya sama seperti tuam panas, cuma, anda menggunakan pek ais.

Kedua-dua kaedah ini menghilangkan rasa sakit pinggang secara sementara dengan menggantikan kesakitan dengan mewujudkan rasa kebas buat sementara waktu.

  1. Cukupkan waktu tidur

Percaya atau tidak, kurangnya waktu tidur turut menyumbang kepada sakit pinggang yang berpanjangan.

Kekurangan waktu tidur ini mungkin juga disebabkan oleh faktor tilam dan bantal yang tidak selesa. Pemilihan tilam dan bantal yang baik dapat mengurangkan sedikit kesakitan anda.

Postur badan yang betul serta keselesaan anda sewaktu tidur adalah utama dalam memastikan sakit pinggang tidak berpanjangan serta tidak menjejaskan waktu tidur yang cukup.

  1. Ubat tahan sakit

Untuk melegakan sakit pinggang, anda boleh dapatkan ubat tahan sakit di farmasi yang berdekatan.

Terdapat pelbagai jenis ubat tahan sakit yang anda boleh dapatkan mengikut kesesuaian dan keselesaan anda sama ada secara makan ataupun sapu.

Dapatkan khidmat nasihat doktor untuk ubat tahan sakit yang tepat supaya masalah anda dapat diselesaikan. 

Krim tahan sakit yang mengandungi menthol memiliki efek sejuk yang dapat melegakan sakit pinggang buat sementara waktu.

Manakala, krim tahan sakit yang mengandungi capsaicin yang juga terkandung dalam cili dapat mengurangkan rasa sakit pada bahagian pinggang.

  1. Kawal tekanan

Sakit pada bahagian pinggang boleh jadi tercetus akibat kekejangan ataupun ketegangan pada bahagian otot. 

Ketegangan otot ini berlaku akibat tekanan pada bahagian berikut. Untuk mengawal tekanan ini, anda disarankan untuk melakukan sedikit regangan ringkas. 

Pastikan juga anda mengelakkan serta cuba sedia upaya untuk mengawal sebarang tekanan yang berlaku pada tubuh badan anda.

  1. Lakukan senaman

Ha? Sakit pinggang pun perlu lakukan senaman?

Ya, betul. Malah, anda perlu lebih kerap untuk mengamalkan beberapa senaman atau regangan yang ringkas.

Jangan risau, pinggang anda tidak akan menjadi lebih sakit, malah sebaliknya.

Memang agak payah untuk melakukan senaman ketika pinggang terasa sakit, tapi senaman seperti berjalan kaki ataupun senaman air dapat mengurangkan masalah ini.

Hal ini kerana otot yang tegang dapat dilonggarkan dan hormon endorfin iaitu hormon yang dikira sebagai ubat tahan sakit semulajadi dapat dirembeskan. 

Senaman harian yang ringkas juga dapat mengekalkan otot kuat dan fleksibel malah akan mula mencegah sakit pinggang pada masa hadapan. 

Kesimpulannya, kenalpasti dan dapatkanlah rawatan secara segera. Hal ini kerana masalah sakit pinggang dapat mengganggu-gugat rutin harian anda.

Banyak cara rawatan yang anda boleh ambil. Berikut merupakan cadangan rawatan yang anda boleh amalkan. Anda haruslah amalkan gaya hidup sihat supaya badan kekal sihat.

Anda sudah mengetahui punca berlakunya sakit pinggang, malah, anda dapat melegakan kesakitan anda di rumah dengan cara-cara yang telah kami kemukakan tadi. 

Sebagai sampingan untuk anda mempercepatkan proses pemulihan sakit pinggang, anda juga boleh mengambil suplemen tambahan seperti Cmary Gluta Colla.

sakit pinggang

Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

  • Membaiki Masalah Kulit

Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.

  • Melegakan Sakit Sendi

Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.

  • Masalah Kurang Tenaga

Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih. 

Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.

  • Mengurangkan Ketidakselesaan

Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.

Bukan itu sahaja, produk keluaran syarikan Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *