\
sakit urat

Sakit Urat: Ketahui Punca Dan Rawatan Sesuai

Sakit urat ini adalah satu penyakit yang sangat tidak asing dalam kalangan masyarakat. Kesakitan yang dirasai ini sememangnya boleh berada di mana-mana bahagian badan sahaja.

Kesakitan ini boleh dirasai pada bahagian kaki, tangan, leher dan bahagian lain lagi. Kesakitan ini semakin bertambah sekiranya individu itu tidak berehat dan mendapatkan rawatan. 

Sakit urat ini tidak boleh dipandang ringan kerana kesakitan yang dirasai dapat mengganggu dalam melaksanakan aktiviti harian kita.

Punca Sakit Urat

  1. Penggunaan Ubatan

Setiap ubat yang diambil hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu kesan sampingannya. Kebanyakkan ubat akan memberi kesan sampingan yang teruk dan ada juga yang ringan.

Untuk memastikan keberkesanan ubat dan kesan sampingannya, pengguna hendaklah merujuk doktor terlebih dahulu. Jangan sesekali membeli tanpa mendapatkan rujukan.

Contoh terdekat adalah ubat untuk orang pesakit kanser, ubat tersebut boleh menyebabkan kerosakan urat saraf. Sekiranya kedaan semakin teruk, boleh merujuk doktor.

  1. Jangkitan Bakteria atau Virus

Ramai yang tahu bahawa bakteria dan virus boleh menyebabkan kesihatan merosot. Boleh menyebabkan demam dan banyak lagi.

Jangkitan virus dan bakteria ini juga boleh menyebabkan kesakitan urat. Apabila anda demam, badan anda berasa lemah. Berasa lemah itu disebabkan oleh urat yang tidak kuat.

Selain itu, penyakit yang boleh merosakan sistem urat antaranya ialah penyakit Lyme, virus Epstein-Barr, Kusta, HIV dan banyak lagi.

  1. Kurang Vitamin

Vitamin sangatlah memainkan peranan dalam menguatkan urat-urat dalam badan. Vitamin dapat memberi sumber yang diperluakn oleh urat badan.

Antara vitamin yang boleh diambil ialah Vitamin E, Vitamin B dan Vitamin B-1, B-6, B-12. Vitamin berikut sangatlah disarankan untuk diamalkan.;

Kurangnya vitamin dapat menyebabkan kurang penghasilan sel darah merah dan memberi kesan kepada sel-sel seluruh badan.

5 Cara Rawat Sakit Urat

Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Ada beberapa cara yang anda boleh amalkan sekiranya anda mengalami sakit urat. 

  1. Kawal Berat Badan

sakit urat

Berat badan sememangnya akan memberikan kesan yang sangat besar kepada sistem sendi badan. Tekanan yang diberikan oleh badan yang dikenakan ke atas urat dan sendi adalah tinggi. 

Kebiasaannya kesan ini berlaku pada bahagian lutut, pinggul dan kaki. Pergerakkan akan terganggu apabila lutut dan kaki menghadapi masalah sendi dan urat.

Setiap individu amatlah digalakkan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh membawa kepada masalah Ostreoporosis seterusnya masalah obesiti.

  1. Melakukan Senaman

Kebanyakkan masalah yang orang hadapi, antara penyelesaiannya ialah dengan melakukan senaman. Ini menunjukkan bahawa senaman dapat membuatkan badan sihat.

Antara kelebihan senaman ialah dapat menjaga kelenturan atau keregangan sendi dan urat, dapat menguatkan otot untuk sokongan kepada sendi dan mengurangkan berat badan.

Tidak perlu melakukan senaman yang berat, cukup melakukan sedikit pergerakan. Anda juga boleh berbasikal, berenang dan juga melakukan aktiviti yoga.

  1. Ambil Ubat Tahan Sakit

Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh diambil sekiranya anda berasa sakit. Ubat ini bertindak untuk membantu anda menahan atau mengurangkan rasa sakit.

Ubat ini berkesan kepada kecederaan ringan seperti seliuh dan kekejangan.

Ubat tahan sakit ini juga dapat membantu mengurangkan bengkak dan keradangan.

Antara ubat yang disarankan ialah ubat tahan sakit dan ubat antiradang bukan steroid (NSAID). 

Sekiranya kesakitan berlanjutan, anda boleh berjumpa doktor untuk tindakan lanjut.

  1. Kurangkan Aktiviti Lasak

Apabila anda mengalami sakit urat dan sendi yang teruk, anda tidak digalakkan untuk melakukan aktiviti lasak yang memberi tekanan yang tinggi kepada urat.

Anda disrankan untuk melakukan aktiviti ringan seperti berbasikal, berenang dan juga berjalan. Aktiviti ini juga boleh membuatkan anda berasa sihat.

Anda tidak boleh melakukan aktiviti yang memberi impak yang besar kepada urat dan sendi. Ini akan membuatkan struktur urat dan sendi bertambah teruk.

Langkah pencegahan awal haruslah diambil supaya dapat mengelakkan daripada benda lebih teruk berlaku.

  1. Terapi Panas dan Sejuk

Ini merupakan salah satu rawatan yang senang untuk diamalkan oleh pesakit. Rawatan ini dapat mengurangkan kesakitan dan  keradangan artritis.

Terapi panas ini merupakan aktiviti berendam dalam air panas. Selain itu boleh menggunakan pad pemanasan lembap.

Haba panas dapat membantu mengurangkan rasa kekjangan. Manakala pad pemnas pula dapat memberikan keselesaan pada waktu malam.

Seterusnya rawatan sejuk, seperti membalut pek ais pada tempat kecederaan. Rawatan ini sering diamalkan oleh mana-mana individu.

Ini membantu untuk memberikan kelegaan pada tempat sakit atau bengkak. Jangan letak ais secara terus pada kulit, balut terlebih dahulu.

Kesimpulannya, penjagaan urat mahupun sendi ini janganlah dipandang ringan. Hal ini kerana ia boleh mengganggu aktiviti harian anda.

Banyak cara rawatan yang anda boleh ambil. Berikut merupakan cadangan rawatan yang anda boleh amalkan. Anda haruslah amalkan hidup yang sihat supaya badan turut menjadi sihat.

Anda sudah mengetahui punca berlakunya sakit urat, maka elakkanlah daripada melakukan perkara yang mendorong kepada sakit sendi.

Jika anda sedang mencari rawatan alternatif untuk merawat masalah sakit urat, CMary adalah pilihan yang terbaik.

sakit urat

Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

Membaiki Masalah Kulit

Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.

Melegakan Sakit Sendi

Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.

Masalah Kurang Tenaga

Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih. 

Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.

Mengurangkan Ketidakselesaan

Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.

Bukan itu sahaja, produk keluaran syarikan Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.

Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *