Kejang kaki bukan lagi satu masalah asing di kalangan kita lebih-lebih lagi bagi mereka yang berumur ataupun mereka yang sering melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan kekejangan.
Kekejangan otot bukan sahaja membuatkan anda berasa tidak selesa, malah ia juga dapat menganggu aktiviti harian anda sekiranya ianya tidak dirawat dengan betul.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang masalah kekejangan kaki, mari baca artikel ini sehingga akhir.
Punca Kejang Kaki
Kekejangan kaki ini sebenarnya disebabkan oleh pengecutan otot yang tidak terkawal secara tiba-tiba dan sering berlaku pada bahagian tangan, lengan, abdomen dan lain-lain.
Terdapat beberapa faktor utama yang boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot ini. Antaranya adalah:
- Kekurangan Mineral/ Dehidrasi
Apabila anda melakukan aktiviti-aktiviti fizikal seperti bersukan di dalam keadaan cuaca yang panas, sudah tentu anda akan berpeluh.
Pengeluaran peluh yang berlebihan boleh mengurangkan mineral dan nutrien di dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kekejangan otot.
- Tidak cukup aktiviti regangan sebelum memulakan aktiviti lasak
Selain itu, kekurangan aktiviti regangan sebelum melakukan aktiviti fizikal juga boleh mendorong kepada berlakunya kekejangan otot.
Aktiviti rengangan berfungsi untuk memanjangkan fiber otot dan menjadikan mekanisma pengecutan dan pengembangan otot berfungsi dengan bagus.
Apabila anda tidak melakukan regangan, otot anda akan senang untuk mengalami keletihan, kekurangan oksigen serta mengubah aktiviti refleks saraf.
Hal ini akan menyebabkan berlakunya kekejangan otot.
- Masalah peredaran darah
Seterusnya, masalah ini sering terjadi apabila seseorang itu duduk terlalu lama dan menyebabkan salur darah terhimpit dan aliran darah berkurangan.
Ini menyebabkan menyebabkan fungsi otot menjadi terganggu dan kaki pun akan mengalami kekejangan.
Rawatan Kejang Kaki Yang Sesuai
Sekiranya anda sering mengalami masalah kekejangan otot ini, anda tidak perlu panik. Terdapat beberapa cara yang berkesan untuk mengurangkan dan menghilangkan kesakitan tersebut.
Antara kaedah yang anda boleh ikuti adalah:
- Ambil ubat tahan sakit
Sekiranya anda masih lagi berasa sakit pada bahagian otot tersebut setelah melakukan beberapa kaedah lain seperti di bawah, anda boleh mengambil ubat tahan sakit.
Anda boleh mendapatkan ubat tersebut di farmasi berdekatan anda ataupun dari hospital.
- Ais
Selain itu, bagi mengurangkan rasa sakit yang dihadapi selepas kekejangan otot, anda boleh menggunakan ais.
Tuam kan ais pada bahagian tersebut sehingga anda berasa lega dan boleh meneruskan aktiviti harian anda seperti biasa.
- Air Garam ‘Oral Rehydration Slat (ORS)’
Seterusnya, anda juga boleh menggunakan air garam sekiranya anda telah melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam secara berlebihan.
Seperti yang diperkatakan di atas tadi, melakukan aktiviti fizikal boleh menyebabkan seseorang itu berpeluh secara berlebihan dan mengeluarkan banyak mineral dari badan.
Oleh itu, pengambilan air garam akan menyalurkan pelbagai mineral ke dalam badan anda dan menghentikan kekejangan otot yang sedang berlaku dengan segera.
- Regangkan/ Lawan otot yang sedang tegang
Akhir sekali, jika anda diserang kekejangan otot secara tiba-tiba dan bukan disebabkan oleh hal-hal yang serius, anda boleh cuba untuk meregangkan otot tersebut.
Sebagai contoh, jika ia berlaku pada bahagian telapak kaki anda, tarik jari tapak kaki dengan kuat agar otot kaki tersebut meregang dan anda pasti akan berasa lega!
Kesimpulannya, masalah kekejangan otot ini boleh dicegah dan diatasi sekiranya individu tersebut mengikuti cara-cara yang diterangkan diatas dan mengambil langkah berjaga-jaga.
Sekiranya, anda masih lagi tercari-cari suplemen yang sesuai untuk membantu mengurangkan kekejangan otot dan mencegah sakit sendi, anda boleh mencuba Cmary Gluta Colla.
Jika anda sedang mencari rawatan alternatif terhadap sakit lutut, lebih-lebih lagi buat ibu bapa tersayang yang mengalami masalah sakit sendi, CMary adalah pilihan yang terbaik.
Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:
- Membaiki Masalah Kulit
Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.
- Melegakan Sakit Sendi
Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.
- Masalah Kurang Tenaga
Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih.
Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.
- Mengurangkan Ketidakselesaan
Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.
Bukan itu sahaja, produk keluaran syarikan Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.
Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.
Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus.