kaki bengkak

Kaki Bengkak: Ketahui Faktor, Gejala Dan Rawatan Sesuai

Masalah kaki bengkak ini boleh berlaku siapa-siapa pun tidak kira lelaki mahupun wanita. Banyak punca yang boleh menyebabkan berlakunya masalah ini. 

Masalah ini akan terjadi melalui beberapa proses untuk membentuk bengkak pada bahagian kaki.

Proses keradangan pada bahagian kaki ini kebiasaannya berlaku pada sebelah kaki sahaja. Proses ini berlaku pada bahagian tisu kaki.

Antara sebab berlakunya radang ini adalah kerana jangkitan kuman dan juga urat-urat yang sudah terputus. Urat ini menyambungkan bahagian otot ke tulang.

Pengumpulan air yang banyak juga boleh menyebabkan masalah ini. Sekatan terhadap pengaliran air ke seluruh badan boleh berlaku yang disebabkan oleh beberapa jenis penyakit.

Air yang disekat kebiasannya akan terkumpul di bahagian kaki. Bengkak ini akan jelas kelihatan apabila tidak banyak pergerakan dan juga selepas memakai stoking yang ketat.

6 Punca Kaki Bengkak

kaki bengkak

  1. Penyakit Buah Pinggang

Penyingkiran air yang berlebihan dalam badan selalunya akan disingkirkan oleh buah pinggang. Sekiranya buah pinggang menghadapai masalah, maka penyingkiran air akan terganggu.

Buah pinggang merupakan organ yang paling penting dalam mengawal kadungan air dalam badan. 

Darah beserta bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan akan dipam oleh jantung untuk disalurkan ke bahagian buah pinggang. 

Air dengan campuran bahan-bahan yang hendak dibuang inilah yang akan membentuk air kencing. Seterusnya air dan bahan-bahan ini akan disingkiran dari badan.

Diabetes, jangkitan kuman, sindrom “nephrotic” dan juga pemakanan ubat boleh menjadi penyebabkan kerosakan pada buah pinggang seterusnya menyebabkan masalah kaki bengkak.

  1. Hamil

Bagi mana-mana individu wanita yang hamil, masalah kaki bengkak ini merupakan masalah yang sering berlaku. Masalah ini berlaku adalah kerana berlakunya perubahan dalam badan.

Selain itu, masalah daripada tekanan yang tinggi diberikan oleh kandugan terhadap saluran dalam badan ibu juga akan menyebabkan saluran tersekat dan tidak lancar. 

Sekiranya masalah ini berlaku secara tiba-tiba ataupun bengkak yang berlebihan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor. Kebiasaannya bengkak ini terjadi selepas 20 minggu kehamilan.

  1. Gout

Gout ini merupakan sejenis penyakit yang sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat. Gout ini merupakan pengumpulan kristal di sendi dan boleh menyebabkan radang pada kaki.

Individu yang menghadapi masalah ini bukan sahaja perlu menghadap kaki bengkak, malah mereka juga perlu menahan sakit.

Rasa sakit itu juga akan menghalang mereka untuk melakukan pergerakan dan aktiviti harian. Makanan yang mengandungi asid urik yang tinggi boleh mengdorong kepada penyakit Gout.

  1. Kecederaan 

Cederaan yang berlaku pada bahagian kaki juga boleh mendorong kepada masalah ini. Kebiasaannya berlaku di sekitar buku lali.

Masalah ini berlaku apabila berlakunya seliuh yang menyebabkan urat mahupun ligamen beralih atau berlipat. Inilah yang menyebabkan kaki bengkak. 

Untuk meredakan bengkak tersebut, anda boleh meletakkan bungkusan ais pada bahagian tersebut. Tindakan ini akan membantu mengurangkan kesakitan juga.

  1. Peningkatan Usia

Apabila badan sudah mencapai usia tua, kebanyakkan sel-sel atau organ tidak lagi mampu bekerja pada tahap yang optimum. 

Sama juga dengan masalah ini, badan tidak lagi dapat menghasilkan kolagen yang banyak. Kolagen ini merupakan keluarga protein.

Kolagen ini bertindak untuk mengekalkan keanjalan kulit dan kelembutan dan mengelakkan kehilangan tulang. 

Kolagen mampu mengekalkan kesihatan dan fungsi sendi serta dapat menurunkan tahap lemak dan terkumpul dalam badan semasa di hari tua.

  1. Pembekuan Darah

Gumpalan darah yang berada dalam saluran darah ini akan menyebabkan pengaliran darah tidak lancar. Darah yang hendak mengalir dari kaki jantung akan menjadi perlahan.

Ini akan menyebabkan masalah kepada kandungan oksigen dalam darah untuk dialirkan ke sel-sel badan.

Anda boleh mengenalpasti bengkak tersebut apabila anda melihat adanya perubahan warna kulit kaki. Ini merupakan atnda-tanda berlakunya darah beku.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.

Cara Merawat Kaki Bengkak

  1. Bersenam

Sepertimana yang semua tahu, masalah kesihatan kebanyakkan cadangan rawatannya adalah dengan bersenam. Bersenam ini memang meletihkan, tetapi kesannya kepada badan amatlah baik.

Setiap pergerakan yang dilakukan, ia sebenarnya membantu pengaliran darah atau cecair ada pada kaki. Pengaliran darah dan juga cecair dapat dialirkan ke jantung dengan lancar.

Sekiranya anda merasa sakit apabila melakukan senaman, anda digalakkan untuk melakukan senaman yang tidak melibatkan berat badan seperti berenang.

  1. Letakkan Kaki Di Tempat Yang Tinggi

Apabila anda meletakkan kaki di tempat yang tinggi melebihi para jantung, pengaliran darah akan menjadi lebih lancar. Hal ini kerana daya graviti yang dikenakan dapat membantu pengaliran darah. 

Anda digalakkan untuk mengulangi lakuan ini apabila anda mendapati kaki bengkak sering terjadi. 

Tujuan utamanya ialah untuk memastikan penglian yang berlaku dapat dialirkan ke tempat yang sepatutnya. Ini juga dapat mengelakkan daripada berlakunya masalah ini.

Masa yang anda perlukan adalah 20 minit dan beberapa kali dalam satu hari. Sekiranya kaki belum surut, tambah masa hingga 30 minit atau satu jam.

  1. Kurangkan Pengambilan Garam

Pengambilan garam yang tidak terkawal dapat menyebabkan jumlah natrium tambahan dalam badan kekal seterusnya meningkatkan jumlah cecair dalam badan. 

Dengan mengurangkan pengambilan garam, jumlah kandungan cecair dapat dikurangkan. Jumlah garam yang telah disyorkan adalah sebanyak 5 gram sehari bersamaan dengan satu sudu teh.

Selain itu, anda juga boleh mengurangkan pengambilan makanan ringan atau makanan segera. Makanan ini selalunya menyediakan kandungan garam yang tinggi.

  1. Urutan

kaki bengkak

Urutan ini merupakan salah satu langkah yang dapat membantu mengurangkan bengkak pada bahagian kaki. Urutan ini dapat merehatkan otot seterusnya meningkatkan peredaran darah.

Dengan melakukan urutan juga, anda dapat membantu sendi atau urat yang menghadapi masalah. Tetapi perlu diingatkan, urutan yang kuat tidak digalakkan. Hanya dengan lebut. 

Melalui urutan ini dapat mengaktifkan sistem limfa yang dapat menyingkirkan cecair pada bahagian kaki.

Kesimpulannya, jagalah kesihatan anda. Jangan sesekali memandang rendah tentang kesihatan walaupun anda masih berada di usia yang muda.

Penyakit dapat datang tidak kira usia. Sama juga dengan kaki bengkak ini. Kaki merupakan salah satu anggota yang penting untuk kita.

Tanpa kaki, kita tidak dapat melakukan aktiviti harian mahupun pergerakkan dengan elok. Jagalah kesihatan kaki anda.

Jika anda sedang mencari rawatan alternatif terhadap sakit lutut, lebih-lebih lagi buat ibu bapa tersayang yang mengalami masalah sakit sendi, CMary adalah pilihan yang terbaik.

kaki bengkak

Cmary Gluta Colla keluaran syarikat Cmary ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah:

Membaiki Masalah Kulit

Cmary Gluta Colla ini membantu membaiki masalah kulit seperti ekzema, jerawat serta jeragat.

Melegakan Sakit Sendi

Sangat sesuai untuk membantu melegakan sakit-sakit sendi terutamanya pada bahagian leher,lutut, bahu, pinggang dan sebagainya.

Masalah Kurang Tenaga

Cmary dapat membantu mereka yang mengalami masalah kekurangan tenaga, mengantuk serta cepat letih. 

Sangat bagus bagi mereka yang bekerja sepanjang hari dan memandu pada jarak jauh.

Mengurangkan Ketidakselesaan

Cmary sangat bagus dalam membantu wanita yang sedang haid atau menopaus dari segi mengurangkan sakit senggugut dan pembuangan yang tidak lancar.

Bukan itu sahaja, produk keluaran syarikan Cmary ini juga berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan telah mendapatkan kelulusan SIRIM.

Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang status Cmary Gluta Colla ini kerana ianya selamat dimakan dan diyakini ramai.

Kebanyakan pengguna produk keluaran Cmary ini sangat berpuas hati dengan hasilnya yang sangat bagus.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat